Sabtu, 9 April 2011

Sejarah Sekolah

Sebelum Merdeka…
§      Ditubuhkan dengan rasminya pada 20.Febuari.1956
§      Dikenali sebagai ‘Government Primary School’ kerajaan British masih lagi mentadbir negeri Sabah yang dikenali sebagai ‘British Common Well’ atau ‘Crown Colony’
§      ‘Government Primary School Penangah muncul pada tahun 1956 atas permintaan semua penduduk mukim Penangah yang terdiri daripada beberapa kampong Penangah,Malikup,Diwara,Langga,Saguon,Tampasak,Lulumiah,Lalampas dan kampong Alitang.
§      Pada tahun 1956, Penangah Government Primary School tidak memiliki bangunan. Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sebuah gudang padi yang dikenali sebagai ‘Green House’
§      Bilangan pelajar pada ketika ini adalah seramai 96 orang.
§      Perkembangan dan pertumbuhan bilangan murid semakin pesat dan sekali lagi permohonan dikemukakan oleh ketua-ketua dan pemimpin masyarakat Kg Penangah untuk mendapatkan bangunan sekolah kepada ‘Education Of British Common Well’
§      Permohonan  diluluskan dan pada 06.November.1961 maka terbinalah bangunan yang berkeluasan 160 kaki panjang dan 25 kali lebar yang dibina daripada kayu yang berkuali tinggi.
§      Bangunan ini menempatkan sebuah stor, bilik guru besar dan sebuah bilik guru.
§      Selain daripada bangunan sekolah, dua buah rumah guru juga telah dibina atas kerjasama masyarakatnya.

Selepas Merdeka…
§      ‘Education Of British Common Well’ telah diambil alih oleh ‘Jabatan Pendidikan Sabah’
§      Pada tahun 1982, 2 buah bangunan kayu telah dibina menempatkan bilik Pusat Sumber dan sebuah bilik muzik.
§      Seterusnya pada tahun 1984, bangunan sekolah bertambah dengan menempatkan 4 bilik iaitu 3 bilik darjah dan sebuah bilik makmal.
§      Bangunan Sekolah Kebangsaan Penangah kini mempunyai 8 blok bilik darjah, sebuah blok pentadbiran dan 7 buah rumah guru termasuk bangunan kembar rumah guru.
§      Sekitar tahun 1985-1988, Sk Penangah telah digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Sek.Men.Penangah kerana pada masa itu bangunan Sek.Men.Penangah  sedang dalam pembinaan.
§      Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam 2 sidang iaitu sidang pagi untuk sekolah rendah dan sidang petang untuk sekolah menangah.
§      Kini bilangan murid telah bertambah daripada 96 orang kepada 385 orang. Manakala bilangan guru adalah seramai 28 orang, seorang pembantu tadbir gred N17, seorang Pembantu Pengurusan Murid N17, seorang pembantu Am Rendah Gred N1 dan 1 orang Pembantu Rendah Awam R1 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan